sila lawat blog baru aku.

www.seluarjeansbiru.blogspot.com

terima kasih cikgu !!!

aku dan muzik

mostly, dalam peningkatan pembesaran aku; khususnya dalam pendengaran aku dalam dunia muzik dan lagu, kebanyakkannya aku dipengaruhi oleh muzik-muzik dalam sekitar 80-an, 90-an dan awal 2000. jadi aku sudah tua, bukan? kerana aku membesar dalam era atau tahun-tahun itu.

norma-norma muzik aku dipengaruhi oleh kawan-kawan, sedara-mara atau pun apa yang ku lihat dan dengar di radio ataupun tv. untuk kali pertama aku jatuh cinta dengan muzik rock nih adalah ketika pertama kali aku mendengar lagu iron maiden. first time aku dengar group dan lagu iron maiden, aku rasa macam terkejut pun ada disebabkan muziknya yang laju, bermelodi dan pada aku mungkin rock habis. kalau setakat rock kankang seperti search, wings, lefthanded memang aku dah dengar lama dah. ini semua member aku punyer pasal. dia kata aku tak rock kalau tak dengar band-band rock orang putih nih. kalau setakat lagu rock melayu jer, apa kelas. so, aku pun pinjamlah salah satu rock orang putih dari member aku itu. nama member aku itu saiful, kalau tak silap..kerana ingat-ingat lupa.

pergi ke rumah dia, tengok ada banyak kaset-kaset kumpulan rock orang putih. dari kumpulan scorpion, watt, def leppard dan sebagainya. tiba-tiba aku ternampak kaset kumpulan iron maiden. aku pilih iron maiden nih sebab cover kasetnya yang kool giler yang ada gambar hantu bernama eddie. disebabkan cover album tuh, aku terus bagitau kat saiful yang aku nak pinjam kaset iron maiden itu.

balik rumah, masuk bilik. terus pasang kaset iron maiden. aku teruja sungguh. aku layan habis sambil head-banging sehinggakan mak aku tengok dan kata aku dah masuk hantu. 3 round aku duduk ulang kaset iron maiden itu secara terus menerus.

dah puas hati. aku tepon saiful. aku cakap..aku dah rock sekarang nih..dalam hati..hujung minggu nih aku nak minta abah aku belikan seluar ketat dan baju iron maiden untuk aku.

kalau dihendakkan bercerita tentang first love aku. aku rasa aku mula jatuh cinta pandang pertama adalah kepada cikgu muzik aku. time tuh aku darjah 6. sudah akil bakhlik. sudah bermimpi basah. sudah pandai menonton cerita lucah, silap menonton citer romen-romen.

aku rasakan itulah perempuan yang paling baik yang pernah aku jumpa. hati aku mula tersentuh dengan gaya percakapannya, gaya pengajarannya, gaya lenggok badannya yang bersahaja. kira komplete satu pakej. nama cikgu tuh adalah Miss Y. tak boleh nama penuh, bahaya untuk kesihatan. time itu dia masih lagi single mingle. kalau dah berkahwin, buat apa pulak aku terjatuh hati. gilo apo.

giler lah, bila bercerita balik tentang Miss Y nih, buatkan aku tersenyum simpul. macam tak caya jer. aku boleh terpikat dengan cikgu. tapi aku rasa Miss Y takkan pulak jatuh cinta dengan aku kerana aku pun masih pergi sekolah pakai sekolah pendek warna biru tua lagi. rare beb. sekarang nih semua budak darjah 6 pun dah pakai seluar panjang. aku dulu masih pakai seluar pendek.

aku suka tengok dia mengajar kami cara bermain rekoder, kamu tahukan apa itu rekoder? rekoder nih lebih kurang macam serunai tapi dalam versi khas untuk budak-budak sekolah. macam-macam agu-lah yang dia ajar. sampaikan satu ketika itu aku saja lupa bawak rekoder sendiri supaya aku boleh gunakan Miss Y punye rekoder, ataupun aku akan buat-buat tak tahu macam mana nak mainkan kord-kord lagu then nanti dia akan datang kat aku sambil memegang tangan aku dengan tangannya yang lembut itu untuk mencari kord-kord lagu itu. aku rasa sentuhan itu masih aku ingat sampai hari ini.

aku pun pelik, macam manalah aku boleh rasa macam nih kat cikgu sendiri. ataupun mungkin sebab aku bersekolah all-boys. itu pasal aku mudah ataupun semua budak lelaki mudah jatuh cinta dengan cikgu sendiri.

aku rasa bila masuk time kelas muzik, adalah saat yang paling dinantikan untuk aku disepanjang minggu itu. tak dapat nak cerita perasaan itu, kadang-kala bila aku dah naik giler. bila time tak ada kelas muzik. aku akan ambil jalan jauh untuk ke kelas aku semata-mata untuk lalu depan kelas muzik hanya semata untuk tengok Miss Y. bak kata pepatah, tak dapat tengok orangnya tapi dapat tengok rumahnya pun jadik-lah.

bila aku dah masuk form 1, aku dah mula sekolah lain, so aku dah tak dapat tengok ataupun berjumpa dengan Miss Y lagik. setahun yang membuatkan perasaan aku bergelora. bila aku bercerita tentang pengalaman bersekolah rendah, aku pasti takkan lupakan aku dengan Miss Y.

Miss Y. selamat meniti hari tua dan belated selamat hari guru. satu soalan, adakah kamu masih cun seperti dulu?

oh ya, mungkin ada yang terkejut dengan aku. tanpa intro. aku terus menulis tentang cerita aku. ibaratkan aku yang dilahirkan tanpa nama. lahit seperti kain putih yang tunggu masa untuk conteng dan diwarnakan. samada hasilnya akan gempak yang boleh ditayangkan di klcc ataupun hasilnya macam skrap sampah yang layak menjadi pembungkus nasi lemak untuk dijual setiap pagi.

maaf sayang. aku bernama akhirnya. panggil sahaja aku; white. simple dan mudah. ataupun aku nih lelaki yang berkulit putih macam orang putih. sekarang nih pun dah ramai orang melayu yang hendak jadi macam orang putih. ah, pedulikkan dengan mereka. itu hidup mereka. aku tak nak masuk campur. bak cara hidup di KL nih. my your own business. keep your ass.

umur aku dalam lingkungan lewat 20-an. masih mencari erti hidup yang sebenar. mungkin kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. menjadi rezeki ko kotaraya metropolitan yang penuh dengan onak duri luka lara. hidup di Kl nih, sapa yang pandai ambil peluang dengan cepat. boleh hidup. kalau lambat macam siput, selamat tinggal babeh !

thats all folks, sebagai permulaan sedikit intro tentang aku. bila ada mood aku akan tulis lagi tentang aku.

bila aku bangun pagi. aku mula aku sudah mula hilang satu deria. deria itu amat penting. aku tidak boleh mendengar. aku terkejut. aku panik. aku berlari satu bilik. aku menjerit kuat. tapi aku tidak dengar apa yang aku jerit. itu semua gila. aku mula salahakan dunia ini kerana ketidakupayaan aku untuk mendengar lagi. aku merasa terhina dan marah atas apa yang terjadi. aku tendag meja dan kerusi. sakit. aku bagi satu tumbukan aku ke dinding konkrit. sakit. aku menjerit lagi sekuat hati. walau bagamanapun aku menjerit tapi aku masih tidak mendegar apa yang aku jeritkan. aku mula merasa geram dengan diri aku. aku menyumpah sendiri. aku mula rasa nak menangis.

aku berlari menuju ke bilik air. bilik air dan bilik aku adalah satu cantuman. aku tengok muka aku ke cermin. air mata mula turun. aku mula fikirkan apa yang pernah aku buat selama ini sehingga aku jadi tidak dengar. aku yang aku dah buat malam semalam. apa yang dah aku buat minggu lepas, tahun lepas, waktu aku kecil, semasa remaja dan sekarang ini. ya, sekarang ini aku sudah luapa siapa diri aku yang sebenarnya. aku kusut dan masai. rabak semuapun ada. semua cantum jadi satu.

aku mula teresak-esak menangis. aku masuk bilik aku balik. aku cuba tenangkan diri. air mata mula turun berjejeran. kuyup. aku baring atas katil aku. aku mula rasa menyesal. tak kira apa yang dah aku lakukan. aku mula rasa kesal. aku buka pintu bilik. aku panggil mak aku, ayah aku, adik beradik aku yang lain. sunyi sepi tanpa jawapan. mungkin mereka sudah keluar. aku seorang diri menanggung derita ini. gila. telinga aku rasa bengang dan sesakali terasa sakit menyucuk-yucuk. macam lidi yang dicucuk ketika membakar daging sate. sakit yang amat. bengang sekali lagi.

aku berlari dan humbankan diri aku atas katil. aku tekap muka ke bantal. aku tekap telinga aku dengan bantal kuat-kuat agar aku dapat mendengar kembali. aku berjanji kepada diri aku. aku tidak akan berbuat jahat lagi. aku tidak akan mencuri nescafe 3 in 1 kat opis aku lagi, aku takkan mencuri makanan orang yang disimpan kat opis aku. aku mula berjanji untuk berbuat baik seperti mana budak kecil berjanji kepada diri sendiri untuk berbuat baik selama 1 tahun agar dapat hadiah dari santa claus. aku berjanji. aku janji.

tiba-tiba kepala aku berasa sakit seperti diketuk oleh benda yang keras. aku melihat ketas barang apa yang jatuh. boss aku disebelah sambil memegang pembaris besi ditangan. sambil buat muka masam dan bengis. dia berlalu pergi. semua orang tengok aku. aku tengok mereka balik satu persatu. ada yang gelak, ada yang mencebik. siot. aku tertidur rupanya.